
"Khairul, kamu dengan Effie nak tak ustaz bagi doa ataupun ayat Al-Quran supaya dapat jodoh? Gilfriend?" tanya Ustaz Fairuz.
"Kalau nak, ustaz boleh bagi." tambahnya lagi.
Kami berdua kebingungan.
"Ustaz ni bergurau ke serius?"soal hatiku.
Antara mahu & tak mahu. Itu saja pilihan kami. Tak mahu kerana malu-malu.
"Hahaha apa la engkau ni Fairuz, diorang ni masih budak-budak lagi," sampuk seorang lelaki.
Itulah dia rakan bersembang ustaz. Nama? Entah kami pun tak tahu. Baru je datang menyinggah. Tapi yang pasti, dia juga seorang ustaz.
Begitulah kehidupan kami di hujung minggu. Sekitar maghrib hari jumaat dan sabtu. Kami akan ke rumah ustaz yang terletak di satu taman perumahan. Dengan satu niat di hati, ingin belajar & khatam Al-Quran.
"Hehe, takpe, kan nie ilmu. Hah, korang nak ke tak ni?" tanya Ustaz Fairuz lagi.
Aku dengan Effie tersipu-sipu. Kalau bukan kerana ustaz seorang tu, mesti kami dah bagi respon yang positif. Memang kami berdua time tue single-mingle tidak ber'girlfriend'. So, tawaran ustaz ni sungguh menarik!!Hehehe
Saling tertoleh, aku dengan Effie tersenyum antara satu sama lain. Memberi isyarat supaya salah seorang dari kami mengiyakan soalan tadi. Rasa happy terbit di hati. Tapi masih malu!!
"Takpe la, korang masih budak-budak lagi kan. Nanti-nanti je la ye. Belajar dulu, dah kerja jumpa ustaz semula kalau nak..hehehe," jawab Ustaz Fairuz.
Hampa.
Itulah yang ada di hati kami berdua. Aku pandang Effie. Dia pun pandang aku. Nampak wajah sedikit hampa.
Sampai hari ini aku teringat peristiwa tu. Bukan kerana sedih tak dapat doa tu, tapi lebih kepada RINDUnya aku pada saat-saat itu. Aku rindu nak bertemu Ustaz Fairuz. Seorang insan yang banyak mengajar aku. Selalu tersenyum. Selalu berkongsi kisah hidup dia agar menjadi teladan buat anak-anak muda seperti kami. Rindu nak dengar celoteh dia..
ps:Hehehe ending lain dari tajuk kan?muahaha apa boleh buat, itu yang aku nak post pun:p
pss:Baru abis buat keja, trus post entry ni. Pasni nak tgk bola..go Manchester United!
Khairul,
1 November 2009, 1.30am.
3 Response to "Ustaz nak bagi doa mintak jodoh(^_^)"
:a:
:b:
:c:
:d:
:e:
:f:
:g:
:h:
:i:
:j:
:k:
:l:
:m:
:n:
:o:
:p:
:q:
:r:
:s:
:t:
Post a Comment
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







November 2, 2009 9:47 PM
mahu tapi malu. kan dah terlepas peluang. hehe
tak pe, sekarang dah ada gf kan. tak la terkilan sangat
November 3, 2009 12:36 AM
alamak shinchan ni..saja laa buat readers tertunggu2 nk tau doa dia camne..hehehehe (read btw the lines)..get what i meant?
November 7, 2009 8:56 PM
seri~hehehehehe..(tersipu2 malu ni..konon je..hehe)
salwaredzuan~owh,sy fhm..awak nak sgt ek doa2 tu?kan2?ngehehe