Mengharapkan rezeki?

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Jumaat, September 25, 2009


Semenjak 2,3 bulan lepas, saya sangat tertarik untuk mencari apa-apa pun artikel sama ada di internet(youtube, iluvislam, artikel-artikel blog) dan juga buku-buku ilmiah yang menyentuh TENTANG PERSOALAN REZEKI.



Diharapkan para rakan bloggers & pengunjung blog ini boleh meninggalkan sedikit komen tentang rezeki yang mampu saya ambil & jadikan sebagai ilmu, nasihat & iktibar. Contohnya, seperti entry REZEKI MURAH DI BULAN RAMADHAN dari blog cik salwaredzuan, yang sangat menyedarkan saya tentang perihal rezeki dari Allah yang dah ditetapkan terhadap seseorang hambanya.

"kadang2 kita nampak orang mintak sedekah kat pasar malam, or kat bazaar2 ramadhan ni, kita terus kutuk and tuduh dia tak berusaha and bekerja untuk cari rezeki. tapi siapa kita ni untuk mempersoalkan tentang rezeki orang? mungkin dia dah cuba cari kerja, tapi belum ada rezeki lagi untuk dapat kerja. rezeki tu kan Allah yang bagi? kalau Allah dah bagi kita rezeki yang melimpah ruah, apa salah nya kita panjangkan anugerah Allah tu pada orang lain?"

Di youtube pula, saya terjumpa sebuah kuliah yang kalau tidak silap disampaikan oleh Ustaz Hafiz Mustafa Lubis, yang menimbulkan kesedaran di dalam hati dan juga membuat kita lebih bersyukur dengan kurniaan Allah...





ps: Selamat Hari Raya untuk rakan-rakan bloggers (auntie marina,kak ungku,salwaredzuan,cik ririnn affandi,imam,asteria gil,-=ash=-,ije,shielahassan,rakan-rakan blogger & pengunjung setia blog ni dengan ucapan maaf lambat bagi ucapan raya..hehe)

untuk korang semua..nah..

SCC,
25 September 2009, 10.17pm.

Comments (14)

"Diharapkan para rakan bloggers & pengunjung blog ini boleh meninggalkan sedikit komen tentang rezeki yang mampu aku ambil & jadikan sebagai ilmu, nasihat & iktibar"

-->komen tentang rezeki tu maksudnye cm ne?agak kompius disini

anyway, selamat hari raya juga

salwaredzuan~skg awk takkan konpius lagi..hehehe(^_^)

wow..komen pukul 3.26am tu...dasyat tak tido. pasal rezeki tu, i think weh should never question about other ppl's rezeki.sometime, we work really hard to get that something, but our effort is to no avail. whereas some other people work halfheartedly and they could easily get or achieve that something.

we would feel frustrated, but never question why Allah has made it that way, because god always work in His mysterious ways

tp psl rezeki ni luas. it could be money, family, love, career, health.

take an exmple of poor ppl with many children vs rich ppl with no child. kalau bukan rezeki duit, rezeki seseorg boleh dilihat dr aspek yg lain as in this case, rezeki anak pula..

alamak..panjang lebar nye komen nih..mcm kuliah subuh plak..almaklumlaa org dh tak kompius lagi nehhh

renung2kan, dan selamat beramal (ala2 ustaz dlm tv)

owh lupa plak...i think there is a hadith says kalau kita buka 1 pintu rezeki utk org lain, maka allah akan buka 10 pintu rezeki utk kita. kalau kita tutup satu pintu rezki utk org lain, maka 10 pintu rezki akan itutup utk kita. im not sure whether this is a hadith or i have read it somewhere..ingt2 lupa..

p/s: ustaz tu adalah hensem..hahaha tp duit raya mr bean adelah kiut!!!

salwaredzuan~"Assalamualaikum buat para hadirin sekalian. Itulah dia sedikit sebanyak ceramah dari Ustazah Salwa yang menyentuh tentang soalan rezeki"..hehe mmg pjg nasihat awk tu,tp,sy HARGAI sgt2,thnx!!

sy ingat kata seorang ustaz,rezeki dari Allah takkan putus, jadi tak perlu dibimbang,tp,ttp kne usaha.

yang psl "kalau kita buka 1 pintu rezeki utk org lain, maka allah akan buka 10 pintu rezeki utk kita"..ni ada jgk sy dgr,tp rasanya kali ni lbeh trasa kesannya thadap sy..thnx,sy akan cuba mmbntu org lain sbaik mmngkin=)

ps:hehe,nak bermadu ke ngn bini ustaz tu?:p

assalamualaikum,
saya memang sgt suka berckp tentang rezeki. pernah terbaca dalam satu magazine ni yg gali banyak tentang persoalan rezeki, dan samapai sekarang hati saya masih tersentuh dgn isi kandungannya. alhamdulillah rezki saya dpt memahami isi artikel berkenaan tentang rezeki yg membuatkan saya lebih terbuka tentang perihal sebenar rezki itu, hingga boleh dikatakan saya lebih mencintai Islam kerana adanya konsep rezki dalam Islam (saya sauadara baru), dan saya juga lebih redha dengan apa yg saya dapat (semoga rezki rasa syukur ini tidak hilang insyaAllah). artikel berkenaan berckp tentang rezki tidak semestinya dalam bentuk wang atau mknan, tetapi juga dalam bentuk lain yg kita sbg manusia biasa tidak dpt jangka, cth berlaku musibah dan mendapat hikmah drpdnya, maka hikmah itu rezki. berlaku kemiskinan tetapi bersyukur, maka perasaan syukur itu juga rezki, rezki yg Allah lahirkan dalam hati, sebab bukan semua org dpt bersyukur bila musibah atau kekurangna menimpa.
saudara kerol,
cthnya dlm post saya tentang hikmah demam, saya menganggapnya rezki saya dalam bulan ramadhan, sbg cara Allah menarik saya dekat padaNya, dan sbg hapus dosa2.
Wallahualam

Salam,
terima kasih asteria gil, nasihat awk sgt berkesan di hati saya..

"rezki tidak semestinya dalam bentuk wang atau mknan, tetapi juga dalam bentuk lain yg kita sbg manusia biasa tidak dpt jangka, cth berlaku musibah dan mendapat hikmah drpdnya, maka hikmah itu rezki."

thnx skali lg,kalo ble,awk bt la satu artikel psl rezeki di blog awk,ble sy baca & amik sdikit ilmu=)

Untuk mendapatkan dan mencapai sesuatu memerlukan usaha,namun kdg2kita membelakangkan dan meremehkan suruhan2 agama bila sibuk mencari rezeki atau dalam usaha untuk mendapatkan rezeki. cthnya,kita meringan2 kan soal ibadah kepada Allah ketika sedang berkerja keras mencari rezeki.Sedangkan kita lupa Allah yg berkuasa keatas makhluknya,Dia yg memberi rezeki kpd kita. Berusahalah sebanyak mungkin,berhabis2an lah mengejar rezeki,semua tidak mungkin berhasil tanpa keizinanNYA. Semoga setiap satu yg kita lakukan mendapat redhaNYA.


maaf sekiranya komen terlari dari skop perbincangan,skdr berkongsi^.^

Antara sebab kaya..
1. Baca surah al Waqiah
2. Rajin bersedekah
3. Banyak berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
4. Banyak Istighfar dan minta ampun
5. Menghubungkan silaturrahim
6. Membantu anak anak yatim dan miskin.
7. Tidak melakukan dosa besar

anonymous~thnx atas nasihat awk,mmg pnting tu kan lbeh2 lg solat 5waktu. syukur alhamdulillah company baru sy ni majikan lbeh memahami dlm hal2 ibadah pekerjanya;)

fatine~thnx fatine atas ilmu yg awk kongsikan tue, sy hargai sgt2!!=)

thnx all for the comment... (macam aku punya blog plak..=P) tp tips n information yg diberi sgt berguna untuk orang macam aku ni yg tengh mencari keje........ ^^

cik ririnn~syukur la cik ririnn ble dgr nasihat(ngehehe gurau ni:p)

ps:gdluck..smoga cpt dpt kerja yg sesuai..amin:D

baru dapat online.
insyaAllah kerol saya akan cuba post, kena wat research mags & books juga. tapi saya tidak berniat berdakwah kerana berasa superior sedangkan saya serba kurang utk tahu byk, tapi saya niatkn untuk berkongsi sedikit ilmu yg saya dapat. mudah2an bermanfaat. kalau saya tak konfiden, baik diam aje. saya paling bimbang termenyeleweng, macam buta membimbing si buta juga heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...